Cari Blog Ini

Sabtu, 22 Oktober 2011

Cinta Fitri


Sinetron berjumlah episod 200 dan sedang tayang di Malaysia.


Pelakon

Pelakon Utama
Pelakon Pembantu

[sunting]Alur Cerita

Fitri adalah seorang yang lucu, ceria dan baik hati. Gadis berusia 19 tahun ini tidak pernah perasangka buruk terhadap orang lain. Fitri berasal dari Kampung Wonogiri, dan tinggal bersama bibiknya kerana kedua ibu bapanya telah lama meninggal dunia.
Menjelang hari pernikahannya, Fitri datang ke Jakarta untuk bertemu dengan keluarga Firman, calon suaminya. Tragis, pernikahan yang telah lama diimpikan, berubah menjadi kisah sedih kerana Firman dipanggil untuk selama-lamanya oleh Tuhan.Ibu Firman, bu Asih menganggap Fitri sebagai pembawa sial. Di sinilah Fitri bertemu dengan Farrel. Dimana Fitri tidak sengaja memakai kasut Farrel.
Fitri menghadiri di pemakaman, Fitri meminta kebenaran kepada keluarga Firman untuk pulang ke kampung. Tidak seorang pun mengetahui kalau Fitri sebenarnya berniat tinggal di Jakarta untuk makbulkan impiannya. Gadis itu juga tidak mahu bibiknya kecewa. Nahas sewaktu berada di stesyen bas, Fitri diragut sehingga seluruh duitnya dicuri.
Akhirnya dengan nekat, Fitri mencuba bekerja di sebuah warung nasi soto milik Maya, anak Pak Hutama. Maya yang berasal dari keluarga kaya itu, di halau oleh keluarganya kerana menikah dengan Bram, pemuda miskin dan oportunis.Di lain pihak, ibu bapa Moza menjodohkan anak mereka dengan Farrel. Padahal, cinta Farrel telah terkubur bersama Mischa, gadis yang pergi meninggalkannya demi menyelesaikan pelajaran di luar negara.
Dengan modal dari Maya, Fitri akhirnya keliling menjual jamu. Tidak sengaja ditengah hujan sewaktu menjual jamu, Fitri bertemu Farrel. Semenjak itu, Fitri dan Farrel mengalami banyak kisah. Dimana Farrel memberi jam tangannya sebagai jaminan pinjamannya kepada Fitri. Juga sewaktu Fitri dipenjara kerana dianggap Farrel dan Fitri membawa lari jam tangannya.
Aldo yang menganggap Fitri sudah kembali ke Wonogiri, terkejut melihat Fitri masih di Jakarta.Cinta pun tumbuh di antara Fitri dan Farrel.Bu Iman tetap sahaja tidak merestui hubungan mereka, kerana takut Farrel senasib dengan Firman, kerana mengira Fitri pembawa sial.Fitri pun akhirnya kerja di pejabat Farrel sebagai cleaning service.
Sementara itu, Moza selalu mengganggu hubungan Farrel dan Fitri. Walaupun akhirnya Moza melepaskan Farrel, dan akhirnya memulai hubungan dengan Tristan. Aldo pun menikah dengan Kayla, adik Farrel.Farrel sendiri tidak pernah peduli, ketika Hutama mengancamnya untuk memilih Fitri atau warisan pejabat. Bu Liknya pun tidak setuju kerana Bu Lia pernah melempar wang ke muka Bu Liknya.Untuk mengambil hati Bu Liknya, Farrel pun menyamar menjadi Fathan dan bekerja dengan Bu Lik. Disana Farrel yang sebagai Fathan bertemu dengan Nabila. Nabila pun jatuh cinta dengannya. Akhirnya Nabila mengetahui penyamaran Farrel. Tetapi Ia salut melihat perjuangan Farrel dan membantu cinta Farrel dan Fitri.
Lama-lama penyamaran Farrel terbongkar. Tetapi melihat ketulusan Farrel, Bu Lik pun akhirnya setuju. Keadaan bahkan semakin runsing ketika Farrel yang akhirnya berhasil mengatasi Moza, harus menghadapi cubaan yang datang menghadang. Mischa datang kembali, dan mengusik cintanya. Dia beritahu kalau Nadine, anaknya adalah anak Farrel.
Banyak pula kisah yang harus dilaluinya untuk mempertahankan cinta mereka.Tetapi, pada saat bertunangan, Farrel dan Fitri pun terus menghadapi ujian cinta mereka. Hutama dan Bu Lia tidak setuju terhadap hubungan mereka. Lambat laun melihat cinta Fitri dan Farrel, Hutama dan Lia pun salut dan mulai merestui hubungan mereka. Keadaan bahkan semakin runsing ketika Farrel yang akhirnya berjaya mengatasi Moza dan harus menghadapi cubaan yang datang menghalang. Mischa datang kembali, dan mengusik cintanya. Dia memberitahu bahawa Nadine, anaknya adalah anak Farrel.
Melihat cinta Fitri dan Farrel, Mischa luluh. Mischa terkena kanker rahim. Mischa pun dibiayai untuk berubat di Singapura. Mischa berkata bahawa cinta Farrel hanyalah untuk Fitri.
Farrel pun masih terus memperjuangkan cintanya dengan Fitri, ketika muncul Edo. Pengusaha kaya yang berasal dari luar negara ini jatuh hati pada Fitri. Edo pun disayang oleh semua orang, termasuk keluarga Hutama dan Fitri. Melihat itu, Bu Lik pun membantu Farrel. Akhirnya Farrel berhasil memenangkan hati Fitri.Setelah itu, muncul Oma, mak cik, sepupu dan pak ciknya Farrel. Oma yang melihat Fitri yang sederhana langsung tidak setuju, dan mengharapkan Farrel menikah dengan pacar lamanya.
Pada akhirnya, Pak Hutama merestui pernikahan Farrel dan Fitri, meskipun ibu(Oma) dari Lia, isteri kepada Pak Hutama, tidak setuju. Namun sebelum hari pernikahan, Fitri pulang ke kampungnya untuk bertemu Bu Liknya. Tetapi sewaktu sedang telefon Farrel di jambatan menuju ke rumahnya, ia terjatuh ke sungai kerana ingin menghidari daripada lori yang hampir melanggarnya.

Nada Cinta




Faris adalah seorang anak orang kaya raya dan dilihat sedang menjalin hubungan dengan Rina, seorang guru muzik dari keluarga biasa. Hubungan ini ditentang oleh Tirta, ayahnya. Faris dipisahkan dan dipaksa berkahwin dengan Nia. Sementara itu Rina ternyata hamil dan melahirkan anak perempuan yang kemudian diculik oleh adik Nia dan mak cik bibi dan dihantar ke rumah anak yatim.
Tujuh belas tahun kemudian, Nada, anak perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini sudah membesar menjadi remaja yang cantik dan sangat mencintai muzik. Nada selalu dibayang-bayangi keinginan untuk cepat berjumpa ibu bapanya yang entah ada di mana. Nada bertekad lari ke Jakarta.
Ketika tiba di Jakarta Pusat harus ke Menteng, Jakarta Pusat arus ke Plaza Indonesia lihat ke Entertainment X'nter Nada nyaris dilanggar kereta tapi berjaya diselamatkan oleh Rina. Sayangnya pertemuan anak dan ibu ini tidak membuat mereka menjadi dekat dia ke Gambir lihat ke Monumen Nasional arus ke Jakarta Pusat lokasi ikon ke Jakarta.
Nada kini bergabung dengan 3 orang peminta jalanan. Lalu Nada dan kawan-kawanya membina sebuah warung di depan sekolah mewah, di mana Rina ternyata mengajar muzik di sini.
Nada kembali bertemu dengan Rina. Ketertarikan yang sama terhadap muzik perlahan-lahan membuat mereka semakin dekat. Sementara itu Ricky, pelajar kegemaran di sekolahan ini, terpesona dengan kemampuan menyanyi Nada. Hal ini membuat Rasty, kekasih Ricky, menjadi cemburu dan ingin menghancurkan Nada. Rasty selalu berusaha menyingkirkan Nada.
Kemudian diketahui bahawa Rasty ternyata adalah anak Faris dari Nia. Adakah Rasty dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dulu? Atau akankah ini membuat Faris kembali kepada Rina?

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cinta Elysa




Bagi peminat slot Lestary, drama bersiri romantis ‘Cinta Elysa’ akan disiarkan mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies Trading ini diarahkan oleh sutradara Along Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila.

Mengisahkan Aril (Johan As’ari)  seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.

Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Ketika Cinta Bertasbih : Meraih Ridho Ilahi



Ketika Cinta Bertasbih Meraih Ridho Ilahi atau biasa disebut Ketika Cinta Bertasbih season 2 merupakan sinetron religi islami, kelanjutan dari sinetron Ketika Cinta Bertasbih : Spesial Ramadan atau Ketika Cinta Bertasbih season 1 dan sedang tayang di Bintang (Astro).

Pelakon

Plot

Ruh dari Sinetron Ketika Cinta Bertasbih Meraih Ridho Ilahi adalah bagaimana keluarga besar Azzam menjadikan seluruh aktiviti hidup ini sebagai bentuk ibadah untuk meraih redha Ilahi. Bagaimana Anna Althafunnisa dan Azzam berusaha mati-matian meraih redha Ilahi di tengah-tengah cabaran yang mendera hidup mereka. Bagaimana Husna dan Ilyas mendapat ujian yang dahsyat di tengah-tengah persiapan menghadapi perkahwinan mereka, dimana mereka juga berusaha selalu ikhlas.
Husna mengajar di kelas, tiba-tiba merasakan sakit di dada yang hebat yang akhirnya membuat dia runtuh dan pengsan di dalam kelas. Husna dilarikan ke RS Solo. Tetapi pihak RS angkat tangan, dan memberikan rujukan kepada Jakarta. Di hari yang sama desa Wangen juga geger, kerana Haji Samingan minggat meninggalkan rumah bersama Parmin.
Karena rasa cinta dan sayangnya pada adiknya, Azzam pun memutuskan untuk tinggal sementara di Jakarta sampai Husna selesai menjalani pengobatannya. Azzam pun kembali ke Solo untuk membawa Anna ikut serta, dan menyerahkan Pesantren Daarul Qur `an pada Mujab untuk sementara.
Azzam mengontrak rumah di pinggir bandar Jakarta. Ia merasa sambil mengobatkan Husna ia boleh mengembangkan perniagaan bakso cintanya. Radio JPMI Solo diserahkan kawalannya pada Furqan, Bakso Cinta yang di Solo diamanahkan pada Lia. Lia tetap tinggal di rumah bersama Sarah dan ditemani Bu Romlah, isteri Pak Haji Samingan.
Sambil memulakan perniagaan Bakso Cinta di Jakarta, Azzam juga tergerak untuk pesantren Al Halimiyyah yang ada di dekat kontrakannya yang sudah tidak terurus dan kehilangan murid-muridnya. Azzam pun mula memainkan otak untuk mengumpul kos baik untuk rawatan Husna, kos sara hidup keluarganya, dan juga kos pembangunan pesantren Al Halimiyyah.
Azzam pelan-pelan berjaya menghidupkan pesantren. Itupun tak luput dari bantuan Cahyani, mahasiswi aktivis yang membantu Azzam mencari dana untuk membeli pesantren. Azzam lalu menukar nama pesantren menjadi Pesantren Daarul Hikmah.
Azzam dan Anna pun lambat laun mulai mendapat tempat di hati masyarakat. Azzam menjadikan pesantren itu sebagai pesantren mahasiswa yang sering mengadakan tema-tema kajian yang diminati anak muda. Masjid pesantren itu juga mulai makmur kembali.
Ilyas pun sesekali datang membantu Azzam berjuang di Jakarta. Azzam kemudian meminta kepada Ilyas agar berkenan menunggu Husna sembuh bahkan menguatkan Husna. Furqan juga sering datang kerana dia dan Azzam mengembangkan usaha di Jakarta, selain usaha radio. Azzam dan Furqan bahu membahu mengatasi pertarungan perniagaan yang sengit di Jakarta. Cabaran dan masalah datang silih berganti pada keluarga besar Azzam.

Masterchef Malaysia



KUALA LUMPUR, 19 September 2011 – Astro ternyata terus mengotakan janjinya dalam memberikan pengalaman menonton yang berbeza dengan membawakan sebuah program realiti masakan popular berjudul MasterChef Malaysia. Terbaru, Astro mengumumkan barisan juri yang akan mengemudi program ini dan senarai 40 peserta yang berjaya menempatkan diri dalam MasterChef Malaysia. Rancangan yang sudah lama dinantikan oleh penonton di Malaysia ini bakal bersiaran bermula 22 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan MasterClass (Kuliah Master) di STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011.
Lima orang juri yang diumumkan bukan sahaja akan menilai keupayaan dan perkembangan para peserta, malah akan bertindak mengemudi rancangan ini. Mereka adalah Mohd Nadzri Redzuawan, 29 (Chef Riz), Moh Johari Edrus, 55 (Chef Jo), Zubir Bin Md.Zain, 45 (Chef Zubir), Yahaya bin Hassan, 49 (Chef Yahaya) dan Priya Menon.
*Sila rujuk lampiran untuk profil juri
Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata, "Sebagai sebuah saluran hiburan Melayu unggul yang menawarkan hanya program-program menarik, Astro Ria amat berbangga kerana bakal menayangkan sebuah program yang lama dinantikan oleh rakyat Malaysia ini. Kehadiran barisan juri yang disegani serta mempunyai latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang masakan ini pastinya akan memberikan impak yang terbaik kepada program ini dan para peserta seharusnya mengambil peluang ini untuk mencedok segala ilmu dan teknik yang dikongsi mereka.
Sementara itu, 40 orang peserta yang terpilih rata-rata mempunyai kualiti yang baik dan berpotensi untuk pergi jauh. Mereka datang daripada pelbagai latarbelakang seperti pelakon, doktor pergigian, pereka fesyen, penoreh getah dan pelajar universiti. Sewaktu di Bootcamp, kesemua peserta terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia. Pada penghujung rancangan ini, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia.
*Sila rujuk lampiran untuk profil 40 peserta terbaik
Pada majlis ini juga turut diumumkan koloborasi Astro Ria dan Fox International Channels dalam menyiarkan MasterChef Malaysia. Sebagai salah sebuah saluran hiburan utama di Astro, STAR World telah menyiarkan MasterChef dan MasterClass selama dua tahun berturut-turut. Justeru itu, Fox International Channels dan STAR World amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Astro Ria buat pertama kalinya dengan menerbitkan rancangan ini dalam versi Malaysia untuk mengukuhkan jenama MasterChef dan berusaha menarik minat para penonton di negara ini dengan menyuntik pelbagai elemen tempatan.
STAR World akan menyiarkan Kuliah Master (MasterClass) yang akan menampilkan ramai selebriti dan para selebriti chef manakala program-program yang lain akan diudarakan di Astro Ria. Sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Selebriti (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Jumaat).
*Sila rujuk lampiran untuk informasi program
Khairul berkata, "Penggabungan ini merupakan suatu bentuk kerjasama yang terbaik bagi mempromosikan program ini kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Secara tidak langsung, MasterChef Malaysia akan menonjolkan pelbagai keunikan budaya masyarakat di negara ini. Setelah sekian lama kita hanya menonton kehebatan peserta dari negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia di televisyen, kini sudah tiba masanya kita menonjolkan bakat anak-anak tempatan dalam MasterChef Malaysia.
Rancangan ini bermula pada tahun 2009 di Australia dan mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di sana untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010. Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France yang semakin popular dikalangan jutaan penonton diseluruh dunia.
"Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih sekaligus mengalu-alukan kehadiran PANASONIC 'Cooking Magic' selaku penaja utama MasterChef Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan juga kami rakamkan kepada penaja bersama iaitu Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef dan NeuVida Omega-9 Cooking Oil. Sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap rancangan ini menaikkan lagi semangat kami untuk untuk menayangkan MasterChef Malaysia", tambah Khairul lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan MasterChef Malaysia dengan episod Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa di Astro Ria (saluran 104) bermula 22 Oktober 2011 dan Kuliah Master di Star World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011 manakala Kuliah Master di Astro Ria (saluran 104) akan bermula minggu berikutnya pada 4 November 2011. Selamat menonton!



MasterChef memberikan inspirasi dan peluang kepada chef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan.Rancangan ini akan membuka ruang kepada chef chef ini untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:
  • Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan ini akan dirasakan oleh Chef MCM, dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
  • Hari Ahad membawakan Ujian Sajian Pantas ataupun Penyingkiran Uji Rasa. Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef MCM dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.
  • Hari Isnin - Cabaran Chef Selebriti, di mana pemenang cabaran hari Sabtu akan bersaing dengan seorang chef tetamu. Pemenang cabaran ini akan dianugerahkan satu pin imuniti yang membenarkan peserta ini mengelakkan satu penyingkiran.
  • Hari Selasa membawakan Cabaran Sajian Luar. Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini. Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
  • Hari Rabu merupakan satu lagi pusingan penyingkiran. Peserta dalam pasukan kalah bersaing antara satu sama lain untuk menyingkirkan seorang lagi perserta dari pertandingan ini.
  • Hari Sabtu juga adalah Kuliah Master. Di sini, para hakim menjalankan satu kuliah untuk peserta yang masih tinggal dalam pertandingan ini. Biasanya, para hakim meninjau kembali cabaran yang telah diadakan dalam minggu yang lalu.





Episod 1, Sabtu, 22  Oktober 2011 : Dalam episod pengenalan ini memaparkan 3 juri professional iaitu Chef Jo, Chef Priya dan Chef Yahaya mengalu-alukan kedatangan 40 peserta teratas Masterchef Malaysia (Top 40) di Bootcamp. Para peserta kemudiannya melalui Ujian Kemahiran yang pertama iaitu memotong dadu bawang kuning. Sekiranya gagal menepati kualiti dan standard yang ditetapkan, mereka perlu mengulangi ujian tersebut sehingga para juri berpuas hati. 30 peserta terselamat, manakala 10 peserta yang tercorot haruslah melalui Ujian Ciptarasa. Siapakah yang bakal diundang untuk mengadili para peserta didalam Ujian Cipta Rasa? Jangan ketinggalan untuk menonton episod pertama MasterChef Malaysia.

Ahad, 31 Julai 2011

Ketika Cinta Bertasbih : Dari Sujud ke Sujud (Musim 3)

Pesantren Daarul Qur`an, Wangen, Polanharjo, Klaten, masih dalam asuhan Ustadz Abdullah Khairul Azzam dan istrinya Anna Althafunnisa. Karena Kyai Luthfi, ayahanda Anna, masih menginginkan hidup beribadah di samping Masjidil Haram.
Azzam dan Anna dibantu pamannya, Mujab, menjadikan pesantren hidup sebagai tempat untuk belajar, tempat bertanya, berteduh dan bahkan tempat mencari perlindungan bagi masyarakat luas.
Suatu hari, Pesantren Daarul Qur`an kedatangan seorang gadis yang tampak begitu ketakutan. Ia minta perlindungan kepada pesantren dari orang tuanya. Gadis itu bernama Shofia. Shofia lari dari rumahnya karena ia dinikahkan secara paksa tanpa sepengetahuannya dengan pemuda yang menurut orang tuanya adalah baik, yaitu Niam.
Pesantren menampung Shofia, sambil mencari klarifikasi apa terjadi pada Shofia. Jika benar Shofia dinikahkan secara paksa, maka pesantren berkewajiban meluruskannya. Sebab praktik seperti itu tidak dibenarkan oleh Islam.
Ternyata benar, Shofia dinikahkan secara paksa. Bahkan Shofia dinikahkan begitu saja tanpa Shofia tahu dirinya telah dinikahkan. Tujuan orang tua Shofia sebenarnya baik, yaitu menyelamatkan Shofia dari pemuda berandalan bernama Niko yang menjadi pacar Shofia. Setelah dinasehati berkali-kali dan diingatkan bahwa Niko pemuda tidak baik, Shofia tetap memilih Niko sebagai pacarnya. Ayah Shofia, Pak Sunar, menggunakan caranya yaitu dinikahkan dengan paksa.
Shofia dijemput paksa dari pesantren. Dan pesantren merasa tidak punya hak menahannya ketika orang tuanya meminta. Shofia dibawa oleh orang tuanya ke rumah suami Shofia yaitu Niam. Shofia tetap menolak itu semua dengan cara ia berpura-pura gila sehingga mempermalukan keluarga Niam. Keluarga besar Niam melihat Shofia tidak layak dijadikan istri Niam yang baik dan cerdas. Mereka meminta Niam melupakan Shofia. Tetapi Niam berpikiran lain, ia melihat Shofia berpura-pura gila, tidak gila. Ia juga merasa harga dirinya telah diinjak-injak oleh Shofia. Maka ia bertekad untuk menaklukkan Shofia.
Niam menganggap perilaku Shofia yang pura-pura gila atau gila itu karena ulah pesantren. Niam menuduh pesantren telah mencuci otak Shofia. Azzam dan Anna menolak tuduhan itu. Tetapi Niam bersikeras hendak membawa masalah itu yang berwajib. Azzam tidak gentar.
Dalam kondisi gila, Shofia lari menemui Niko, pacarnya. Kepada pacarnya ia minta perlindungan. Oleh Niko hal itu dijadikan kesempatan untuk menodai Shofia. Shofia sama sekali tidak mengerti bahwa ia menyerahkan dirinya kepada Srigala yang siap memansanya.
Selain masalah Shofia, Azzam dan Anna juga diuji oleh masalah rumah tangga mereka sendiri. Anna yang hamil tua harus melahirkan bayinya secara premature akibat Azzam mencoba menghindari menabrak seseorang yang naik motor dengan ngawur. Azzam mengerem mendadak yang membuat Anna mengalami pendarahan. Bayi itu lahir prematur dan akhirnya tidak terselamatkan.
Anna sempat mengalami guncangan. Azzam sebagai suami berusaha sekuat tenaga menjaga kenyamanan perasaan dan jiwa Anna. Tak lama kemudian, Azzam mendapat ujian hebat. Bisnis ekspor mebelnya ke Australia mengalami masalah. Ia kena mengalami kerugian besar dan kena denda yang tidak kecil dari pihak Australia. Rumah Kyai Luthfi bahkan terancam disita oleh pihak bank.
Pada saat yang sama, rumah tangga adiknya yaitu Husna mengalami guncangan hebat. Ilyas sempat mentalak Husna. Azzam harus menyelamatkan rumah tangga adiknya sebab Husna dan Ilyas adalah dua pengajar di pesantren yang sangat dihormati masyarakat. Azzam tidak mau keluarga mereka rubuh dan jadi contoh tidak baik bagi masyarakat.
Repotnya masalah Husna dan Ilyas ini sangat rumit. Kedua-duanya orang yang baik. Keadaanlah yang membuat ujian mereka berat. Husna dinikahi Ilyas dalam kondisi sakit jantung, bahkan jantung yang dipakai Husna adalah jantung buatan. Awalnya Husna tidak mau, tetapi Ilyas memaksa. Akhirnya mereka menikah.
Dalam perkembangannya, Ilyas kehabisan dana untuk merawat Husna. Bahkan Ilyas sudah menjual tanah milik orang tuanya demi pengobatan Husna. Sementara Azzam sendiri sedang kesulitan keuangan. Ibu Ilyas tidak tega melihat penderitaan Ilyas. Sampai sang ibu meminta menceraikan Husna saja.
Ilyas tidak bisa menceraikan Husna, sebab Husna tidak salah. Ibunya bilang, jika ia tidak menceraikan Husna, maka ia bisa menjual rumah untuk pengobatan Husna. Sang ibu akhirnya meminta Ilyas memilih dia atau Husna. Pada saat itu Husna mendengar. Ia tidak mau Ilyas bingung memilih maka ia pergi ke rumah Azzam. Saat Husna di rumah Azzam, Ilyas meminta agar pulang. Kalau tidak mau , sampai shubuh tidak pulang, maka talaknya jatuh. Husna minta dijemput. Ilyas yang emosi minta Husna datang sendiri. Keduanya sama-sama emosi. Sampai shubuh tiba, Husna belum pulang. Maka talak telah jatuh. Ilyas menyesal. Ia hendak rujuk, tapi ibunya tidak setuju.
Pada saat yang sama, seorang gadis ditolong oleh Ilyas. Gadis itu sudah sekarat di jalan di waktu malam di tengah hujan. Ilyas membawa ke rumah sakit bahkan mendonorkan darahnya untuk gadis itu. Ternyata gadis itu adalah korban pemerkosaan, pelakunya adalah Niko.
Gadis itu sesungguhnya adalah dokter yang ditugaskan untuk bertugas di PUSKESTREN (Pusat Kesehatan Pesantren) Daarul Qur`an.
Repotnya setelah gadis itu sadar, ia tidak mau kasus yang menimpa dirinya dilaporkan kepada yang berwajib. Ia juga tidak mau diketahui keluarganya. Ia tidak mau aibnya tersebar. Ilyas menitipkan gadis bernama Vivi itu kepada buliknya, Nurlela. Kepada Nurlela, Ilyas minta agar dijelaskan kepada gadis itu bahwa ia sudah punya keluarga, tetapi Nurlela tidak menjelaskannya. Karena melihat gadis itu masih sering trauma dan merasa aman dan merasa percaya hanya kepada Ilyas.
Sampai akhirnya gadis itu kembali pulih dan bertugas sebagai dokter. Hingga gadis itu bertanya apakah Ilyas berkenan untuk menikahinya. Sebab perhatian Ilyas dan buliknya ia anggap memberikan harapan. Ilyas kaget. Itu terjadi saat hubungan dirinya dengan Husna sedang tidak baik, sampai menceraikan Husna.
Di tengah pelbagai masalah yang mendera pesantren. Pesantren Daarul Qur`an juga mendapat tantangan tidak ringan dari seorang bernama Haji Samingan yang mengaku dirinya sebagai ulama besar. Ia sering membuat resah masyarakat dengan fatwa-fatwanya yang menyesatkan. Misalnya sholat tidak perlu wudhu. Bahkan shalat itu tidak perlu karena hanya akan membuat orang celaka. Juga daging anjing dan ular itu halal dsb.
Bagaimanakah kisah selanjutnya. Apakah Pesantren mampu menyelamatkan Shofia? Apakah Azzam sendiri mampu keluar dari belitan masalah hutang yang melilitnya akibat kerugian-kerugian bisnisnya? Apakah Azzam mampu menyelamatkan rumah tangga Husna dan Ilyas? Dan bagaimanakah Ilyas menyikapi hadirnya Vivi di tengah-tengah prahara rumah tangganya? Apakah ia akan tetap setiap pada Husna?
Dan bagaimanakah pesantren Daarul Qur`an menghadapi fatwa-fatwa “ngawur” Haji Samingan?
Saksikan jawapannya di Sinetron Pembangun Jiwa DARI SUJUD KE SUJUD Spesial Ramadhan 1423 H. Insya Allah, Anda akan mendapatkan suguhan tontonan yang berbeda dari sinetron yang ada. Sebuah sinetron yang akan menyegarkan jiwa dan nurani Anda. Dan mungkin, akan memberikan jawaban atas persoalan yang berkecamuk dalam kehidupan Anda. Selamat menyaksikan. Selamat menyambut Bulan Suci Ramadhan!